Akaun izzahnur.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera


Khabar Gembira

Untuk

"Pencinta Buku" 

Karya Agung Imam Badi'uzzaman Said Nursi

Terjemahan daripada Bahasa Turki Uthmani ke Bahasa Melayu. ✨


1. Kalimah-Kalimah Kecil 

Saiz buku :  13.5 cm x 18.9 cm

Jumlah muka surat :  84

Penerbit :  Penerbitan Hayrat


Sinopsis: 

Kalimah-Kalimah Kecil merupakan nasihat spiritual kepada nafsu-nafsu kita. Buku ini terdiri daripada Kalimah Pertama sehingga Kalimah Kesembilan. Badiuzzaman Said Nursi memberikan nasihat yang pertama kepada dirinya sendiri kemudian kepada semua pembaca dengan mendatangkan lapan cerita perumpamaan seorang askar kemudian menjelaskan hakikat daripada cerita perumpamaan tersebut. Kalimah Pertama sehingga Kelapan merupakan tafsir dari lapan ayat al-Quran. Manakala Kalimah Kesembilan menjelaskan hikmah pengkhususan solat pada lima waktu yang telah ditentukan itu.


2. Komik Kisah-Kisah Annur


Komik Annur merupakan adaptasi daripada buku kalimah-kalimah kecil.

Setiap 1 set mempunyai 8 buah komik dengan judul yang berbeza.


1. Rahsia Bismillah

2. Sumber Kebahagiaan Iman

3. Berjayalah yang beribadah

4. 24 Keping Emas

5. Menyedari Tanggungjawab

6. Harta Yang Dijual Kepada Allah

7. Dunia yang lebih baik

8. Dua Saudara dan sebuah perigi


Berwarna warni dan sesuai dibacakan untuk anak-anak sebelum tidur.


3. Risalah Keikhlasan dan Ukhuwah


Saiz buku :  13.5 cm x 18.9 cm

Kulit buku: Kulit lembut 

Jumlah muka surat :  108

Penerbit :  Penerbitan Hayrat


Sinopsis:


Risalah Keikhlasan dan Ukhuwwah merupakan karya Badiuzzaman Said Nursi yang terdiri daripada 2 bahagian. Risalah Keikhlasan membicarakan sebab-sebab perpecahan antara umat Islam dan penawar bagi setiap masalah perpecahan tersebut. Selain itu, Said Nursi juga membahaskan kepentingan memiliki sifat ikhlas, bagaimana cara-cara untuk memperolehinya, prinsip-prinsip keikhlasan dan faktor-faktor penyebab kepada ketidakikhlasan dalam risalah yang sama. Risalah Ukhuwwah pula membahaskan sikap-sikap seperti berpuak-puak (taksub), keras kepala dan perseteruan dalam kalangan orang mukmin adalah bermudarat serta menjadi racun kepada kehidupan manusia. Pada bahagian penutup, Said Nursi menafsirkan ayat ghibah  (mengumpat) dari surah al-Hujurat ayat 12 dengan menunjukkan i’jaz al-Quran dan dalil-dali   keburukan mengumpat.